Thursday, April 30, 2009

~Sila Berdiri Untuk Kempiskan Badan & Lebih Sihat~

Tahukah anda berdiri boleh menguruskan badan, mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes dan pelbagai masalah lain?

Baca seterusnya.

Pakar fisiologi yang menganalisa obesiti, penyakit jantung dan diabetes mendapati bahawa perbuatan DUDUK (ya duduk, melabuhkan punggung) menghentikan pengaliran enzim lipase yang menyerap lemak.
Berdiri membuatkan otot-otot bekerja dan mengaktifkan penyebaran enzim lipase, yang menggalakkan badan memproses lemak dan kolesterol. Berdiri juga menggunakan glukosa dalam darah dan boleh merencatkan perkembangan diabetes.

Jika anda boleh melakukan sesuatu dengan berdiri atau duduk, pilihlah berdiri. Melihat anak bermain di taman, dari anda duduk, baik berdiri. Atau berbual-bual dengan jiran, anda juga boleh berdiri. Jika anda bekerja di hadapan komputer atau hanya di meja, sekali-sekala berdiri dan berjalan-jalan.

Berdiri juga dapat mengurangkan saiz pinggang anda! Kebanyakan orang boleh membakar lebih 60 kalori sejam hanya dengan berdiri. Jadi, jangan mengeluh jika anda terpaksa berdiri di dalam LRT ya!

Bukan itu sahaja, berdiri juga boleh memperbaiki HDL atau tahap kolesterol baik dalam badan anda sebanyak 22%!

0 comments:

Post a Comment