Thursday, April 30, 2009

~6 Tip Kempiskan Perut~

Masalah perut buncit, menggeleber agak kritikal, terutamanya selepas bersalin...
amalkan panduan berikut untuk mengempiskan perut anda tanpa perlu belanja mahal....

  1. Betulkan postur badan anda.Ketika berdiri tegak, selarikan telinga, bahu, punggung, lutut dan tumit. Buka dada dan hela bahu ke belakang, bayangkan bahu anda seperti penyangkut baju. Perut kempis dengan merapatkan pusat dengan tulang belakang. Pastikan berat badan disokong rata oleh tumit dan keseluruhan tapak kaki.
  2. Bersenam, tetapi jangan hanya fokus kepada bahagian tertentu (seperti perut). Pakar mengesyorkan Pilates kerana fokusnya meliputi perut, lengan, kaki, belakang, paha dan pinggul.
  3. Lihat apa yang anda makan, bagaimana dengan penghadaman. Kurangkan makan dan banyakkan bergerak. Lebih kalori perlu bakar daripada yang diambil.
  4. Kasut? Keahlian jim? Tak perlu.Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan, atau semasa berdiri di keramaian... tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang.
  5. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Perlahan-lahan... tetapi istiqamah.
  6. Tetapkan matlamat yang munasabahGenetik juga mainkan peranan. Jika ibu bapa anda berbadan besar, hampir mustahil untuk anda mendapat badan seperti supermodel. Tapi setidak-tidaknya anda tidak tergolong dalam golongan 3G.

0 comments:

Post a Comment